Friday, August 15, 2008

Memancing di Kepong

Tanggal minggu lepas, oleh kerana aku mengalami tahap PH keboringan yang melampau, aku ngan kaban aku gerard telah menemui kata sepakat untuk memancing di Taman Rekreasi Kepong. Memandangkan aku tidak mempunyai moto walaupun kapcai sekalipun di KL tok, aku berhasrat untuk meminjam moto nembiak sama bilit ngan aku. Namanya Fendi. Tapi kenak antanya di Kolej dolok sebab nya ada kelas pasya petang ambik nya agik di sia. Tepat pukul 11 pagi, aku ngan gerard bertolak dari rumah dan singgah di Seri Rampai jap untuk membeli peralatan mengail. Dari Sri Rampai ke destinasi mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit bergantung kepada harga semasa ayam di pasaran. Sesampainya di destinasi yang di janjikan, kami terus menuju ke port tempat yang kami selalu memancing kerana disitu ada 'Feng Sui' sebab tidak pernah pulang membawa tangan kosong setelah mengail disitu. Dengan perasaan yang tidak sabar, aku men'setting'kan kail dan membaling jaring ke dalam tasik. Dalam masa itu juga aku men'setting'kan satu lagi kail tambahan menggunakan tali untuk memudahkan peluang mendapat ikan. Begitu juga Gerard dengan rakus tanpa segan silu dan confidennya memasang 3 pancing menggunakan tali. Bersambung....



MusicPlaylist
MySpace Music Playlist at MixPod.com