Monday, April 6, 2009

Mabuk Shisha..

Malam tadi, aku ngan Gerard pergi ke Up-Town Danau Kota untuk beli barang. Time turun dari rumah hujan pun dah turun dan kami mengambil keputusan untuk meredah hujan yang renyai-renyai. Setelah sampai ke destinasi, aku lihat tidak ramai orang yang membeli belah memandangkan hujan yang turun.Kami pun cepat-cepat membeli barang kerana hujan semakin lebat. Kami mengambil keputusan untuk lepak di kedai mamak sementara menanti hujan reda. Dalam lepak-lepak Gerard memberi cadangan untuk menghisap shisha setelah melihat ada brader yang menjualnya berdekatan dengan kedai mamak dan tanpa banyak cerita aku pun setuju. Harganya RM10 untuk 3kali tukar arang dan kami memilih perisa strawberi. Arang yang pertama dinikmati dengan sebaik mungkin dengan aroma strawberi yang wangi sambil mengambil gambar. Lama kelamaan asap pun semakin kurang kerana arang semakin habis. Tiba arang kedua, tekak aku menjadi loya dan hampir muntah beberapa kali dan begitu juga dengan Gerard. Kami mengambil keputusan untuk tidak menukar arang untuk kali ketiga kerana masing-masing tidak larat lagi untuk menyambungnya. Setelah hujan reda sedikit kami pun balik.

1 comment:

Anonymous said...

apa daa, isap shisha xajak aku...