Saturday, April 4, 2009

Memancing di Port Klang

Di suatu hari yang boring..geng-geng sepemancingku berpakat untuk memancing untuk memancing di Port Klang dengan harapan akan dapat ikan yang besar-besar untuk dibawa pulang. Tiba di hari yang di tunggu-tunggu, geng-geng yang dikenali sebagai Din, Aminur, Afiq dan saya sendiri bertolak ke Port Klang dengan menaiki kereta Aminur. Perjalanan yang kami lalui sungguh mencabar bukan dengan jalannya yang berliku-liku tetapi atas sebab cara pemanduan driver iaitu Aminur yang gila-gila sehinggakan orang yang nak berak pun boleh hilang selera nak melepas. Atas sebab itu kami semua memakai tali pinggang keledar sambil membaca doa selamat untuk mengelak malapetaka. Umur kami masih panjang dan dikurniakan talian hayat dan boleh memancing lagi apabila selamat sampai ke destinasi setelah ditunjukkan jalan yang benar oleh brader tepi jalan yang kami temui walaupun telah beberapa kali kami menuju ke jalan kesesatan . Kami memancing di tempat yang kami sendiri pun tak tahu namanya tetapi ada jeti untuk memancing dan dikenakan bayaran 2 ringgit seorang. Setelah melabuhkan peralatan memancing, memancinglah kami dengan tekun dan sabar hingga menyebabkan PH kepalaku menunjukkan peningkatan keasidan yang tinggi setelah seekor pun ikan tidak dapat diperdaya oleh mata kail yang berselindung di sebalik isi ikan. Perasaan yang sama dikongsi oleh geng-geng sepemancingku yang dirundum ketentionan yang melampau. Setelah sekian lama dibuai ayunan air laut yang beralun, pancing Aminur bergoyang-goyang tanda ada ikan yang telah ditipu. Aminur menggulung talinya dengan perasaan bangga kerana menjadi orang pertama yang mendapat ikan. Setelah ikan timbul di permukaan, perasaan bangga itu bertukar menjadi menyampah setelah kelibat ikan di kenalpasti. Seekor ikan buntal box warna hijau dengan berwajah ngerinya menelan mata kail Aminur. Ikan buntal yang beracun itu di buang kerana tiada value di pasaran kecuali pasaran gelap(black market) untuk dijadikan racun untuk membunuh manusia. Kembalilah keadaan sedia kala yang memboringkan sehingga petang dan membawa perasaan hampa kami berkemas untuk pulang. Dalam berkemas-kemas kami didatangi seorang brader yang memberi tahu yang tempat kami memancing itu baru sahaja di korek dasarnya oleh kapal korek yang ingin mengambil pasir. Kalau dah korek, mestilah ikan suma lari. Tempat pembiakan dah musnah, patut la tiada ikan. Kalau aku tahu, baik aku pancing dalam longkang je..kurang-kurang dapat ikan haruan atau keli. Pengajaran buat aku...Survey dulu port baru pancing..

No comments: